Selasa, 10 Maret 2015

10 RANCANGAN KUFFAR DALAM MENGHANCURKAN ISLAM DAN UMATNYA IALAH

H2S


10 RANCANGAN KUFFAR DALAM MENGHANCURKAN ISLAM DAN UMATNYA IALAH :
1.       Menjauhkan umat Islam daripada Al-Qur’an sehingga ramai di kalangan umat Islam sendiri buta al-Quran apatah lagi untuk memahami seterusnya menghayatinya dalam kehidupan seharian. Sebab itu selepas banjir besar baru-baru ini agak mudah untuk kita mengagihkan naskhah al-Quran kepada mangsa banjir tetapi untuk kita duduk sama-sama membaca dan memahami al-Quran agak susah
2.       Lenyapkan sistem pemerintahan Islam di mana Lornis Brown berkata : “ Apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.” Akhirnya penderitaan umat Islam tiada tempat untuk mengadu dan tiada suatu kuasa pemerintahan Islam yang mampu menyekat keganasan yang berlaku
3.       Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa. Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit (H.R.Bukhri dan Muslim)
4.       Lemahkan bangsa Arab di mana Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “ sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
5.       Dirikan negara diktator di dunia Islam di mana W.K Smith seorang orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.” Kita dapat lihat bagaimana kejatuhan satu demi satu pemerintahan kuku besi oleh rakyat seperti di Iraq, Mesir, Libya dan sebagainya tetapi musuh Islam segera bertindak memastikan penggantinya mesti daripada boneka bagi memastikan sebarang usaha dalam mengembalikan pemerintahan Islam dapat dikuburkan.
6.       Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu sebagaimana kata seorang pemimpin Tertinggi Imprealis: “ Arak dan nyanyian merupakan 2 unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.” Malah Karl Marx  pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater iaitu panggung drama dan filem, maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”
7.       Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya di mana sejarah pernah mencatatkan bagaimana perisik Portugal telah melakukan risikan di Andalusia terutama berkaitan aktiviti dan kecenderungan pemudanya lalu bila didapati pemudanya lebih menumpu kepada ilmu maka rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam ditangguh sehinggalah pemuda hanyut dalam hiburan dan perkara yang tidak berfaedah yang mewujudkan generasi muda yang lemah. Berdasarkan keadaan itu perisik Portugal berasakan itulah masa yang tepat untuk menyerang Andalusia. Akhirnya, Andalus yang dikuasai pemerintahan Islam selama 800 tahun jatuh ke tangan Portugal dalam tempoh tiga bulan sahaja.
8.       Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas sehingga zina dianggap suatu perkara biasa. Ingatlah amaran nabi s.a.w
Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya
9.       Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
10.   Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya. Oleh itu sama-samalah bangkit dalam melawan dan menguburkan perancangan jahat musuh Islam ini. Jangan biarkan kita terus menjadi hamba abdi kepada musuh Islam dalam setiap perkara samada melalui serangan fizikal mahu pun mental. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :
فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿
Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar